Friday, December 11, 2015

Bab 5

“Kenapa ni, Eryn? Ada apa-apa masalah dengan café ke?” Tanya Pak Darus sejurus selepas duduk berhadapan aku.
“Tak adalah Pak cik, kan saya dah cakap dalam telefon tadi; kita tak payah jumpa, nanti Alya curiga.” Kataku lagi, ingin meyakinkan Pak Darus yang kelihatan risau sejak tadi.
“Kau bagitahu aku perkara sebenar Eryn, aku tahu kau sembunyikan sesuatu dari cara kau bercakap tadi.”
Aku keluar dari kedai itu untuk menghantar Pak Darus keluar sebelum aku masuk semula  ke dalam untuk menjelaskan bil. Sekembalinya aku ke meja tadi, untuk mengambil beg; mataku tertumpu pada telefon bimbitku sambil bermacam-macam perkara bermain difikiranku.
Lantas, bagai telah nekad, aku duduk semula dikerusi tadi sambil tanganku mula mencari sesuatu dari dalam begku, berharap aku masih menyimpannya.

‘Jumpa!’ terdetik di hatiku tatkala aku menjumpai kad nama yang dicari sejak tadi.

Aku menghela nafas panjang sambil mataku meliar memerhatikan sekeliling; menantikan kehadiran orang yang ku hubungi tadi.
‘Sejuk betul malam ini’ detik hatiku sambil menggosok kedua-dua belah tapak tangan.

“Cik patut tunggu didalam.” Tersentak aku apabila terdengar suara seorang lelaki dibelakang, aku berpaling dan mendapati orang yang aku hubungi tadi telah terpacak dihadapanku sambil memberi isyarat kepadaku untuk masuk ke restoran seperti yang dijanjikan pada awalnya.

“Apa yang ingin cik bincangkan? Saya ingat, cik dah buat keputusan muktamad.” Aku mengetap gigi; geram mendengar percakapan lelaki itu, ingin saja aku menyimbah air yang ada dalam cawanku ke mukanya.

‘Sabar, aku perlukan pertolongan dia; biarlah dia nak cakap apapun asalkan aku dapat apa yang aku perlukan.’ Selepas menenangkan perasaanku sendiri, aku bersuara;
“Saya tahu, mungkin waktu itu saya silap. Tapi, boleh tak kalau saya… terima tawaran tu, sekarang?” kataku sambil cuba mengekalkan nada rendah. Lelaki itu hanya diam sambil menghirup kopinya dengan perlahan.

“Baiklah tapi ada sedikit perubahan pada rancangan kita.” Kata lelaki itu selari meletakkan semula kopinya diatas piring.
“Perubahan?  Maksud  encik?”  aku  agak  terkejut.

“Saya pernah beritahu cik dahulu bahawa cik perlu datang ke rumah saya seminggu tiga kali sahaja, bukan?” Aku mengangguk.

“Perubahannya ialah, cik harus bertugas dirumah saya lima hari seminggu dan perlu membawa ayah bersiar-siar pada hari sabtu, hari ahad cik diberi cuti.”
“Maksudnya, saya bertugas selama 6 hari seminggu?” jawabku dengan nada agak tinggi. Lelaki itu menggangguk. Aku yang pada waktu itu bagai boleh meletup bila-bila masa sahaja, kembali tenang setelah terfikir akan sesuatu; lalu bersuara.

“Baiklah tapi, saya pun nak tetapkan syarat saya sendiri; saya nak encik meningkatkan bayaran kepada RM7,000.00 sebulan.” Lelaki itu tersenyum dan menjawab;

“Saya akan menaikkan bayaran cik kepada RM10, 000.00 sebulan tapi, cik perlu tinggal bersama kami kecuali pada hari cuti, bagaimana?”
Aku tergamam sebentar, bagai tidak percaya akan apa yang didengar tadi,

‘RM10,000.00? Siapa yang nak bagi?’ terdetik dihati namun, ku kembali tenang apabila terfikir akan sesuatu; ‘Orang ada duit, semua dia fikir dia boleh beli; tak apa, aku tak akan sia-siakan duit kau’, lalu bersuara;

“Baik, saya terima tawaran encik; bila saya boleh mula?” selari menyambut tangannya, bersalam membuatkan lelaki itu tersenyum.

‘Ayah, saya akan bawa anak ayah balik.’ Terdetik dihatiku ketika melihat gadis yang seiras Eryn sedang menandatangani surat perjanjian itu.
Ya, aku dah fikir semasak-masaknya untuk membuat keputusan yang amat berat ini, aku menghela nafas panjang setelah selesai kami menandatangani perjanjian itu.

“Cik boleh mula bertugas pada sabtu ini; saya akan ke café tempat cik bekerja untuk menjemput cik.” Gadis itu hanya mengangguk tanda setuju sebelum meminta diri untuk balik kerana malam semakin lewat.
Ekor mataku meneliti tiap langkah gadis yang persis arwah Eryn itu keluar dari premis sehinggalah gadis itu hampir hilang dari pandanganku, aku akhirnya teringat sesuatu lalu bangun dan berlari keluar dari premis menuju kearah gadis tadi dengan tergesa-gesa.

Akhirnya aku berjaya mengejar gadis itu dan memanggilnya dari belakang.
“Apa kata kalau saya hantar cik?” Gadis itu yang pada mulanya hanya berdiam lalu bersuara;
“Tak apalah, lagipun rumah saya dekat saja.” Dia meneruskan perjalanan sebelum sempat aku membalas, aku enggan berputus asa;
“Hari dah malam, tak selamat kalau cik jalan seorang diri. Lagipun, mesti keluarga cik risau kalau cik balik seorang diri.” Langkahnya terhenti.

Selepas memberi alamat rumahnya, gadis itu hanya terdiam tanpa suara sepanjang perjalanan, sambil matanya tertumpu pada pemandangan sisi.

Aku mengambil kesempatan di setiap saat kami  berhenti  pada  lampu  isyarat  untuk  meneliti gadis itu, kerana tidak pernah terlintas difikiran bahawa aku akan berjumpa dengan gadis yang begitu seiras dengan Eryn… bagai… kembarnya.

Lantas aku teringat akan sesuatu ketika pulang dari menghantar gadis itu, aku memecut pulang ke rumah dengan tergesa-gesa, bagai takut sesuatu lari jika aku terlambat.

Sesampai sahaja dirumah; masih belum hilang penat berlari tadi, aku menyelongkar seluruh ruang bilikku; berharap benda yang aku cari itu masih ada, sehinggalah aku terlihat sekeping surat terjatuh dari diari yang aku sedang belek,
“Dah jumpa!” Dengan perasaan berdebar-debar, aku bangun dari situ dan duduk diatas katilku sambil pandangan masih lagi pada helaian kertas di tanganku.

Lalu, aku buka lipatan kertas itu sambil mataku meneliti isinya.
“Aku dah agak…” kataku perlahan selari meneliti isi surat itu sekali lagi sambil tersenyum.
Hanya angin malam yang dingin bersama cahaya bulan malap menemani aku sepanjang malam itu. Aku tidak melelapkan mata walau sesaat kerana ingin meneliti isi tersurat dan tersirat dalam surat itu, supaya aku boleh bersedia untuk esok, cabaran yang paling berat untuk aku sebagai anak angkat ayah.

“Biar betul, awak ni!” rungut Alya setelah melihat aku keluar dari bilik dengan beg galasku. Semenjak perniagaan Pak Darus semakin baik, aku telah menetap dirumah Alya supaya senang untuk aku ulang alik ke café. Aku beritahu Alya yang aku terpaksa pergi kerja diluar kerana permohonan pekerjaan yang aku pohon awalnya telah diterima.
“Yelah, takkan aku nak tipu kau pula… kalau tak percaya, tanya ayah kau, dia pun tahu.” Alya hanya melihat aku keluar dari situ.

Rasa bersalah mula timbul dalam hati bila mengenangkan pak cik dan Alya melayan aku dengan begitu baik selama ini; dengan pak cik juga aku tidak boleh berterus terang tentang pekerjaan baru aku itu kerana aku masih merahsiakan masalah yang dihadapi café Dahliqa daripada pak cik.

Lelaki semalam datang menjemputku di café beberapa minit selepas aku sampai. Aku beritahu pak cik dan Alya bahawa dia adalah bakal rakan sekerjaku.

“Pak cik, kami pergi dulu ye? Assalamualaikum.” Kata lelaki itu dengan sopan lalu bersalaman dengan pak Darus sebelum mengambil beg yang aku galas untuk diletakkan dibonet keretanya.
Tertarik aku dengan kesopanannya, aku macam tak percaya lelaki itu jugalah yang dah sakitkan hati aku semalam.

Walaupun begitu, ekspresi wajah aku tak menunjukkan perasaan aku waktu itu. Pabila kereta mula bergerak, aku bersuara;

“Dah lama kau berlatih?” 

No comments:

Post a Comment