Friday, December 11, 2015

Bab 5

“Kenapa ni, Eryn? Ada apa-apa masalah dengan café ke?” Tanya Pak Darus sejurus selepas duduk berhadapan aku.
“Tak adalah Pak cik, kan saya dah cakap dalam telefon tadi; kita tak payah jumpa, nanti Alya curiga.” Kataku lagi, ingin meyakinkan Pak Darus yang kelihatan risau sejak tadi.
“Kau bagitahu aku perkara sebenar Eryn, aku tahu kau sembunyikan sesuatu dari cara kau bercakap tadi.”
Aku keluar dari kedai itu untuk menghantar Pak Darus keluar sebelum aku masuk semula  ke dalam untuk menjelaskan bil. Sekembalinya aku ke meja tadi, untuk mengambil beg; mataku tertumpu pada telefon bimbitku sambil bermacam-macam perkara bermain difikiranku.
Lantas, bagai telah nekad, aku duduk semula dikerusi tadi sambil tanganku mula mencari sesuatu dari dalam begku, berharap aku masih menyimpannya.

‘Jumpa!’ terdetik di hatiku tatkala aku menjumpai kad nama yang dicari sejak tadi.

Aku menghela nafas panjang sambil mataku meliar memerhatikan sekeliling; menantikan kehadiran orang yang ku hubungi tadi.
‘Sejuk betul malam ini’ detik hatiku sambil menggosok kedua-dua belah tapak tangan.

“Cik patut tunggu didalam.” Tersentak aku apabila terdengar suara seorang lelaki dibelakang, aku berpaling dan mendapati orang yang aku hubungi tadi telah terpacak dihadapanku sambil memberi isyarat kepadaku untuk masuk ke restoran seperti yang dijanjikan pada awalnya.

“Apa yang ingin cik bincangkan? Saya ingat, cik dah buat keputusan muktamad.” Aku mengetap gigi; geram mendengar percakapan lelaki itu, ingin saja aku menyimbah air yang ada dalam cawanku ke mukanya.

‘Sabar, aku perlukan pertolongan dia; biarlah dia nak cakap apapun asalkan aku dapat apa yang aku perlukan.’ Selepas menenangkan perasaanku sendiri, aku bersuara;
“Saya tahu, mungkin waktu itu saya silap. Tapi, boleh tak kalau saya… terima tawaran tu, sekarang?” kataku sambil cuba mengekalkan nada rendah. Lelaki itu hanya diam sambil menghirup kopinya dengan perlahan.

“Baiklah tapi ada sedikit perubahan pada rancangan kita.” Kata lelaki itu selari meletakkan semula kopinya diatas piring.
“Perubahan?  Maksud  encik?”  aku  agak  terkejut.

“Saya pernah beritahu cik dahulu bahawa cik perlu datang ke rumah saya seminggu tiga kali sahaja, bukan?” Aku mengangguk.

“Perubahannya ialah, cik harus bertugas dirumah saya lima hari seminggu dan perlu membawa ayah bersiar-siar pada hari sabtu, hari ahad cik diberi cuti.”
“Maksudnya, saya bertugas selama 6 hari seminggu?” jawabku dengan nada agak tinggi. Lelaki itu menggangguk. Aku yang pada waktu itu bagai boleh meletup bila-bila masa sahaja, kembali tenang setelah terfikir akan sesuatu; lalu bersuara.

“Baiklah tapi, saya pun nak tetapkan syarat saya sendiri; saya nak encik meningkatkan bayaran kepada RM7,000.00 sebulan.” Lelaki itu tersenyum dan menjawab;

“Saya akan menaikkan bayaran cik kepada RM10, 000.00 sebulan tapi, cik perlu tinggal bersama kami kecuali pada hari cuti, bagaimana?”
Aku tergamam sebentar, bagai tidak percaya akan apa yang didengar tadi,

‘RM10,000.00? Siapa yang nak bagi?’ terdetik dihati namun, ku kembali tenang apabila terfikir akan sesuatu; ‘Orang ada duit, semua dia fikir dia boleh beli; tak apa, aku tak akan sia-siakan duit kau’, lalu bersuara;

“Baik, saya terima tawaran encik; bila saya boleh mula?” selari menyambut tangannya, bersalam membuatkan lelaki itu tersenyum.

‘Ayah, saya akan bawa anak ayah balik.’ Terdetik dihatiku ketika melihat gadis yang seiras Eryn sedang menandatangani surat perjanjian itu.
Ya, aku dah fikir semasak-masaknya untuk membuat keputusan yang amat berat ini, aku menghela nafas panjang setelah selesai kami menandatangani perjanjian itu.

“Cik boleh mula bertugas pada sabtu ini; saya akan ke café tempat cik bekerja untuk menjemput cik.” Gadis itu hanya mengangguk tanda setuju sebelum meminta diri untuk balik kerana malam semakin lewat.
Ekor mataku meneliti tiap langkah gadis yang persis arwah Eryn itu keluar dari premis sehinggalah gadis itu hampir hilang dari pandanganku, aku akhirnya teringat sesuatu lalu bangun dan berlari keluar dari premis menuju kearah gadis tadi dengan tergesa-gesa.

Akhirnya aku berjaya mengejar gadis itu dan memanggilnya dari belakang.
“Apa kata kalau saya hantar cik?” Gadis itu yang pada mulanya hanya berdiam lalu bersuara;
“Tak apalah, lagipun rumah saya dekat saja.” Dia meneruskan perjalanan sebelum sempat aku membalas, aku enggan berputus asa;
“Hari dah malam, tak selamat kalau cik jalan seorang diri. Lagipun, mesti keluarga cik risau kalau cik balik seorang diri.” Langkahnya terhenti.

Selepas memberi alamat rumahnya, gadis itu hanya terdiam tanpa suara sepanjang perjalanan, sambil matanya tertumpu pada pemandangan sisi.

Aku mengambil kesempatan di setiap saat kami  berhenti  pada  lampu  isyarat  untuk  meneliti gadis itu, kerana tidak pernah terlintas difikiran bahawa aku akan berjumpa dengan gadis yang begitu seiras dengan Eryn… bagai… kembarnya.

Lantas aku teringat akan sesuatu ketika pulang dari menghantar gadis itu, aku memecut pulang ke rumah dengan tergesa-gesa, bagai takut sesuatu lari jika aku terlambat.

Sesampai sahaja dirumah; masih belum hilang penat berlari tadi, aku menyelongkar seluruh ruang bilikku; berharap benda yang aku cari itu masih ada, sehinggalah aku terlihat sekeping surat terjatuh dari diari yang aku sedang belek,
“Dah jumpa!” Dengan perasaan berdebar-debar, aku bangun dari situ dan duduk diatas katilku sambil pandangan masih lagi pada helaian kertas di tanganku.

Lalu, aku buka lipatan kertas itu sambil mataku meneliti isinya.
“Aku dah agak…” kataku perlahan selari meneliti isi surat itu sekali lagi sambil tersenyum.
Hanya angin malam yang dingin bersama cahaya bulan malap menemani aku sepanjang malam itu. Aku tidak melelapkan mata walau sesaat kerana ingin meneliti isi tersurat dan tersirat dalam surat itu, supaya aku boleh bersedia untuk esok, cabaran yang paling berat untuk aku sebagai anak angkat ayah.

“Biar betul, awak ni!” rungut Alya setelah melihat aku keluar dari bilik dengan beg galasku. Semenjak perniagaan Pak Darus semakin baik, aku telah menetap dirumah Alya supaya senang untuk aku ulang alik ke café. Aku beritahu Alya yang aku terpaksa pergi kerja diluar kerana permohonan pekerjaan yang aku pohon awalnya telah diterima.
“Yelah, takkan aku nak tipu kau pula… kalau tak percaya, tanya ayah kau, dia pun tahu.” Alya hanya melihat aku keluar dari situ.

Rasa bersalah mula timbul dalam hati bila mengenangkan pak cik dan Alya melayan aku dengan begitu baik selama ini; dengan pak cik juga aku tidak boleh berterus terang tentang pekerjaan baru aku itu kerana aku masih merahsiakan masalah yang dihadapi café Dahliqa daripada pak cik.

Lelaki semalam datang menjemputku di café beberapa minit selepas aku sampai. Aku beritahu pak cik dan Alya bahawa dia adalah bakal rakan sekerjaku.

“Pak cik, kami pergi dulu ye? Assalamualaikum.” Kata lelaki itu dengan sopan lalu bersalaman dengan pak Darus sebelum mengambil beg yang aku galas untuk diletakkan dibonet keretanya.
Tertarik aku dengan kesopanannya, aku macam tak percaya lelaki itu jugalah yang dah sakitkan hati aku semalam.

Walaupun begitu, ekspresi wajah aku tak menunjukkan perasaan aku waktu itu. Pabila kereta mula bergerak, aku bersuara;

“Dah lama kau berlatih?” 

Tuesday, April 7, 2015

Bab 4

“Maaf, saya tak berminat dengan tawaran encik. Saya rasa encik dah tersilap pilih orang untuk buat kerja kotor encik ni.” Suara lantang gadis itu menarik perhatian pelanggan-pelanggan lain memandangkan.
Lelaki yang duduk dihadapannya itu masih mengekalkan riaksi tenang sebelum menarik tangan gadis itu, menghalangnya dari bangun untuk beredar.
“Tolong dengar dulu… cik, saya sebenarnya…” dia masih mengekalkan nada yang rendah.
“Maaf, walau apa pun alasan encik, saya dah pun buat keputusan dan saya takkan mengubahnya walaupun encik beri saya 10 juta sekali pun. Saya harap encik Amier hormati keputusan saya ini.” Lantas lelaki tadi melepaskan tangannya dan mengambil kad nama untuk diberi pada gadis itu.
“Ini kad nama saya, cik telefonlah saya kalau-kalau cik ubah fikiran. Kalau cik tetap dengan keputusan cik, cik simpan sajalah kad nama ini.” Gadis itu masih tidak menunjukkan reaksi sehingga memaksa lelaki tadi meletakkan kad namanya di tangan gadis itu, lalu beredar dari situ.

Malam itu, aku pulang agak lewat dari kebiasaan kerana aku telah berjumpa dengan gadis yang sering mengganggu fikiranku semasa aku keluar makan dengan Syahid tempoh hari.
“Balik pun kau, aku ingat esok baru aku nampak batang hidung kau!” Syahid membuka pagar rumah. Aku telah meminta bantuannya untuk menjaga ayah buat seketika semasa aku keluar berjumpa gadis tadi.
“Amier, kau tak apa-apakah?” Sekali lagi dia bertanya.
“Tak… aku okey saja... Syahid, terima kasih sebab sudi tolong aku jaga ayah hari ini. Kalau kau tak ada, mesti aku susah. Terima kasih.” Kataku sambil menepuk bahu satu-satunya kawan baikku itu.
“Tak apalah… kita kan kawan, itulah gunanya kawan kan? Kau kenapa ni? Aku tengok kau macam tengah susah hati saja…” Aku akhiri perbualan itu dengan menegaskan bahawa aku hanya letih. Malam itu Syahid bermalam di rumahku memandangkan hari telah lewat dan aku begitu memaksanya untuk berbuat demikian.
Keesokan harinya aku mengambil cuti kerana fikiranku masih lagi terganggu akibat tindakan terburu-buru aku semalam.
‘Aku patut cuba untuk lebih bersabar dan tidak bertindak terburu-buru, mungkin keputusan dia akan berbeza dari semalam.’ Terdetik di hatiku tika teringatkan peristiwa itu.
Aku tersentak apabila ayah melangkah masuk ke dalam bilik, lantas aku teringat tempahan makan malam yang ku buat pada petang tadi; untuk aku dan ayah, memandangkan kami telah lama tidak makan diluar bersama kerana aku sering sibuk dipejabat.
“Ayah, mari kita pergi makan malam.”

“Kau biar betul, Mir! Takkan kau nak aku ikut perempuan tu?” Kata Syahid sambil menggaru kepala.
“Itulah yang aku cakap tadi, aku betul-betul minta tolong kau ni… kali ini saja!” rayuku lagi. Aku telah membuat keputusan setelah berfikir panjang sewaktu makan malam bersama ayah malam tadi. Aku ingin memastikan perkara itu dengan lebih jelas dan tepat supaya aku boleh mengambil langkah seterusnya jika keraguanku ini berasas.
“Yalah, kau nak minta tolong dengan aku; aku tak kisah. Tapi, takkanlah sampai menghendap anak dara orang! Nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena tangkap sebab ganggu orang. Kau nak tanggung?” katanya lagi, masih lagi membantah.
“Bukan itu maksud aku, aku cuma nak minta kau tolong siasat latar belakang saja. Boleh tak? Pasal kerja kau, aku boleh cover… lagipun, kau anggap saja ni salah satu tugas syarikat, boleh?” aku mencuba sekali lagi memandangkan aku tidak dapat memikirkan cara lain lagi buat masa ini.
“Salah guna kuasa nampak.” Kata Syahid sambil menjeling aku yang sememangnya terdesak. Dia menghela nafas panjang sebelum bersuara kembali.
“Baiklah, tapi aku tolong kau ni pun sebab kau banyak tolong aku selama ni dan bukan sebab nak ampu kau untuk naikkan pangkat aku,okey?”
“Terima kasih Syahid… kau lah sahabat aku dunia akhirat…” terasa lega sedikit dengan persetujuannya; dapatlah aku teruskan rancanganku nanti.
“Tak apalah… tapi, aku nak tahu juga kenapa kau beria sangat nak tahu latar belakang perempuan tu sedangkan kau baru sekali saja berjumpa dengan dia.” Aku bagai diselamatkan apabila perbincangan kami terganggu oleh setiausahaku yang telah berdiri di pintu.
“Maafkan saya, Encik Amier; mesyuarat bakal bermula dalam 10 minit lagi.”
“Ah, ya…  terima kasih Sofea; saya datang sekarang.” Aku mula bersiap untuk ke bilik mesyuarat.
“Eh?” Syahid kelihatan terpinga-pinga seketika.
“Maaf, Syahid… aku tak ingat pula hari ni aku ada mesyuarat; nanti kita jumpa masa lunch, ok?” aku berasa sedikit bersalah kerana terpaksa mematikan perbualan kami begitu saja.
“You’re the boss…” Syahid bangun dari situ sambil tersengih.

Selesai sahaja mesyuarat, aku terus mengelak dari bertembung dengan Syahid kerana masih tidak bersedia untuk memberi jawapan kepada soalannya tadi.
‘Takkanlah aku nak cakap yang aku syak perempuan itu adalah Eryn atau ada kena-mengena dengan Eryn. Sedangkan sudah terang-terang kematian Eryn diketahui ramai, juga keluarga arwah hanyalah ayah kerana dia adalah anak tunggal’.
Sebulan berlalu, akhirnya Syahid berjaya mendapatkan maklumat yang aku perlukan mengenai gadis misteri itu.
Ternyata,maklumat peribadinya amat mencurigakan; aku bagai tidak percaya apa yang sedang aku lihat ketika itu terutamanya apabila membaca nama penuh gadis itu; ERYN ERRYANNA BINTI ZAMI IBTISAM.

Walaupun marahku semalam belum reda lagi, aku tetap perlu melakukan apa yang telahku janji pada Pak Darus.
“Jangan risau, pak cik… saya akan uruskan hal ini. Tapi, saya perlukan sedikit waktu.” Terngiang-ngiang dikotak fikiran ku janji yang aku ucapkan semalam pada pak cik.
‘Janji? Lebih kepada satu jaminan…’ aku mengeluh tika berhenti dihadapan pejabat daerah. Aku menarik nafas panjang, lantas melangkah masuk ke pejabat daerah.
Aku melangkah masuk ke pejabat menuju ke bilik Pegawai Hakmilik Pembangunan; Encik Rahmat Ali, pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pembangunan tanah. Beliau telah menerangkan prosedur-prosedur yang berkaitan dengan pindah hak milik bangunan dan memaklumkan Pak Darus perlu membuat pembayaran sebanyak RM 50,000 sebagai wang penebusan. Aku tidak berpuashati dengan penerangan yang diberikan dan mula  hilang sabar.
“Apa maksud encik, menebus semula dengan 50,000 ribu ringgit? Saya rasa encik dah salah faham… Café Dahliqa itu hak milik Pak cik saya sepenuhnya… hak milik pak cik Darus! Kenapa pula kami perlu bayar RM50,000 pada pihak encik? Sedangkan itu memang hak kami dan pihak luar tak ada hak untuk mengambil alih premis itu tanpa izin kami!” Bergema suaraku di dalam bangunan itu, menyebabkan semua isi bangunan kini menumpukan perhatian pada meja kami.
“Cik, bawa bertenang. Saya faham keadaan cik tapi pihak kami ada sebab sendiri kenapa perkara ini perlu berlaku.” Terang lelaki itu sambil dengan nada perlahan.
“Sebab?” Soalku setelah kembali tenang.

Aku keluar dari pejabat itu dengan perasaan yang tidak menentu dan terus menahan teksi untuk menuju ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan, pelbagai perkara bermain dimindaku.
‘Mengapa Pak cik Darus membiarkan premisnya tidak ditukar nama pemilik ketika membelinya dari Pak cik Hamid… dan kenapa pula pak cik Hamid sanggup menjualkannya kepada orang lain sedangkan pak cik Hamid sendiri yang telah menjualkannya kepada Pak Darus?’
Aku turun dari teksi betul-betul di hadapan rumah usang Pak Hamid. Aku menarik nafas panjang sebelum memberi salam dan mendapat berita mengecewakan dari isterinya apabila Pak Hamid dikatakan telah keluar bandar untuk beberapa bulan atas urusan kerja.

“Ayah, mana Eryn ni? Kenapa tak balik-balik lagi?” Alya mengeluh sambil menjengah ke luar tingkap.
“Tak ada apa-apalah, alah… kejap lagi baliklah dia… lagipun, kan dia cakap mungkin tadi dia takkan masuk kerja hari ini.” Hanya suaranya saja kedengaran dari bahagian dapur.
“Erm… Betul juga… tapi…” sekali lagi gadis itu menjebikkan bibir. Melihatkan keadaan anaknya itu, Pak Darus merapatinya sambil menarik keluar tuala putih dari koceknya.
“Dah, tak payah nak risau hal orang lain! Pinggan-pinggan di sinki tu takkan bersih dengan sendiri, pergi cuci!” Arah lelaki itu sambil mencekak pinggangnya; kini dia berada betul-betul dihadapannya. Gadis itu dengan langkah malas, bangun menuju ke sinki yang dipenuhi pinggan mangkuk kotor.
Pak Darus yang dari tadi memandang kelakuan puteri tunggalnya itu akhirnya memalingkan pandangannya ke arah jam pada waktu itu yang semakin lewat.
‘Eryn… aku percayakan kau.’ telefon bimbitnya berbunyi.
Untuk seketika, lelaki itu senyap dan cuma bersuara untuk beberapa kali sebelum memberi salam dan mematikan talian. Alya yang dari tadi memerhatikan kelakuan bapanya, berasa hairan.
“Ayah, siapa tu?” Pak Darus hanya menyuruh Alya meneruskan kerjanya sambil dia bersiap untuk keluar.

“Ayah keluar kejap, lepas tutup kedai terus balik. Jangan tunggu ayah.” Belum sempat gadis itu menjawab, ayahnya terus keluar tanpa sebarang kata.

Tuesday, March 17, 2015

Bab 3

“Eryn! Apa yang awak menungkan tu?” Alya menegurku dari belakang.
“Ah, tak ada apa, maaf…masih ada kerja yang perlu diselesaikan, kan?” kataku,kesal kerana termenung ketika waktu kerja.
“Takada kerja pun, semua awak dah siapkan tadi. Cuma kerja-kerja ringan saja yang tinggal.” Kata Alya sambil menjebikkan bibir.
“Kalau begitu, biar saya tolong.” Kataku lantas ingin bangun tapi dihalangnya.
“Sudah, tak payah! Semua kerja dalam café ini awak yang buat, cuma kerja-kerja ambil pesanan pelanggan saja awak beri peluang pada pelayan lain. Kalau macam ini, lebih baik ayah ambil awak seorang saja jadi pekerja. Jimat belanja.” Kata Alya mengusikku.
“Habis tu, saya nak buat macam mana? Dah saya memang suka buat kerja-kerja tu, lagipun bukan semua kerja saya buat. Ayah awak bukan bagi saya masuk dapur.” Aku kembali duduk disitu sambil Alya masih berdiri disitu.
“Urm…yalah… Awak menang.” Katanya lalu meninggalkan aku untuk ke dapur.
“Tapi kalau awak mahu, saya boleh pujuk ayah untuk benarkan awak masuk ke dapur.” Sempat lagi Alya berbicara padaku sambil berjalan, dia menjeling sambil memberiku senyuman manja.
“Tak apalah, Alya. Nanti kalau ayah awak benarkan saya tolongnya di dapur, awak kata saya buat semua kerja dalam café ni.” Usikku selari berjalan mendahului Alya.
“Perli nampak…” Sambil aku mengangkat pinggan-pinggan kotor dimeja pelanggan yang telah beredar, Alya memandangku yang sedang tersenyum sambil menjebikkan bibirnya.
Aku menutup café apabila semua kerjaku selesai. Ku lihat jam di dinding café tadi menunjukkan tepat jam 12.00malam.
“Ah, aku terlambat! Mesti mak tengah tunggu aku.” Lantas ku menutup café Dahliqa dengan tergesa-gesa. Sepanjang perjalana nter gambar difikiranku bagaimana mak selalu menunggu aku pulang seperti biasa di ruang tamu; sendirian kerana suaminya tidak akan pulang sebelum jam 3.00pg. Menyedari akan keadaan itu, akumemecut skuterku menuju ke rumah.
Keesokan paginya, aku menuju ke café seperti biasa. Rasida yang mengambil cuti sakit diganti aku untuk syif pagi; selalunya aku hanya bekerja untuk syif petang hingga malam.
Sepanjang hari aku sibuk melayan pelanggan café sehinggalah satu ketika apabila waktu rehat kami; Alya datang kepadaku mengadu.
“Eryn, saya risaulah!” Gadis itu tiba-tiba datang dan terus memelukku dari belakang.
“Kenapa ni?” aku menyuruhnya duduk di kerusi bersebelahanku.
“Ayah, saya risau pasal ayah. Ayah nampak pelik sejak pagi tadi, awak tak perasankah?” dia tunduk sambil mengetap bibirnya.
“Perasan juga, tapi saya ingat itu cuma perasaan saya sahaja tadi;sebab itu saya tak tegur.” Kataku teringat akan kelakuan Pak Darus yang agakaneh sewaktu membuka café tadi.
Pak cik Darus yang selalu kelihatan ceria sewaktu membuka café Dahliqa; nampak muram dan senyap, tidak seperti selalu.
“Mungkin ayah ada masalah…” Balas Alya yang kelihatan makin risau.
“Dan mungkin juga tak, kan?Dah lah tu, Alya. Awak janganlah risau sangat, mungkin ayah awak tengah fikirkanresepi baru? Siapa tahu,kan?” kataku, sambil menepuk bahu Alya; cuba menenangkannya.
“Tapi…”
“Dah, tak ada tapi-tapi…sekarang baik awak pergi makan dulu sebelum waktu rehat habis, jangan risau sangat.” Aku bangun dari situ sambil menariknya bangun sebelum menolaknya ke arah dapur.

Waktu berlalu dengan pantas; tanpa akusedari, jam di dinding café telah pun menunjukkan tepat jam 12.30mlm; masa untuk menutup kedai. Alya dan staf-staf lain telah pun pulang awal seperti biasa.
Aku yang diberi kepercayaan untuk menutup café Dahliqa, memeriksa premis sekali lagi untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan teratur dan sedia apabila café dibuka keesokannya. Setelah puas hati, aku pun mengunci café selari memaling ke arah perhentian bas berdekatan untuk melihatkalau-kalau ada bas yang berhenti disitu.
Sedang aku memaling semula kearah pintu premis, aku terlihat akan kelibat seseorang berdiri di belakangku lantas aku memandang ke arahnya.
“Pak Darus!”

Kami pun duduk di kerusi bahagianhadapan premis sambil minum kopi yang telah aku sediakan tadi.
“Pak cik kata ada yang hendak dibincangkan dengan saya, pak cik cakaplah…”
“Aku sebenarnya ada benda nak cakap dengan kau; sebab sekarang ni aku tak tahu nak bagitahu siapa lagi memandangkan aku tak percayakan sesiapa selain Alya dan kau.” Melihatkan keadaan Pak Darus, aku agak perkara ini mesti serius.
“Pak cik ada masalah ke?”

Perbincangan aku dengan pak cik semalam memberi impak  padaku  hingga keesokannya.
“Kau kena pastikan Alya tak tahu tentang hal ni.” Pesan pak cik semalam masih jelas difikiranku,
‘Menyesal pula aku menawarkan diri untuk mendengar; kan baik kalau aku buat tak tahu sahaja?’ sesekali ungkapan itu muncul di fikiranku memandangkan perasaanku menjadi terganggusemasa berhadapan dengan Alya.
Takku sangka café Dahliqa yang sudah bertahun-tahun diusahakan Pak Darus kiniakan diambil alih oleh kontraktor pembinaan untuk tujuan pembangunan.Hati aku kian membara apabila mendengar Pak Darus memberitahuku tentang perkara itu malam tadi.
“Eryn,  adaorang nak jumpa dengan awak.” Aku tersentak apabila Alya memanggilku.
“Siapa?” Pelik; kerana setahu aku tiada siapa yang akan datang menjengukku pada waktu kerja mahupun biasa.
“Entah, sayapun tak pasti…tapi macam penting saja, nampak macam orang kaya.”Aku yang masih berasa janggal hanya berterima kasih dengan Alya dan menuju ke meja pelanggan yang dimaksudkannya tadi. Lelaki yang duduk disitu kelihatan runsing dan masih tidak menyedari bahawa aku telah berada didepannya sehinggalah aku bersuara,
“Encik nak jumpa dengan saya?” lelaki itu yang kelihatan kemas dengan berkemeja biru berdiri dan menjawab dengan riak wajah yang tenang walaupun masih lagi kelihatan kerunsingannya padaku.
“Ya, saya yang meminta untuk berjumpa dengan cik tadi…maaf kerana mengganggu, saya ada perkara yang ingin dibincangkan dengan saudari.” Aku yang semakin keliru dengan suasana itu hanya memberitahunya bahawa aku tidak boleh mengambil waktu kerjaku memandangkan Pak cik tiada dan dia hanya membalas dengan tenang,
“Tak apa, saya akan tunggu sehingga waktu kerja saudari selesai.”Aku hanya mengiyakan keputusan lelaki itu kerana berasa aneh, kenapa lelaki ni tiba-tiba datang berjumpa dengan aku, apa pula yang nak dibincangkan? Mungkinkah ada kena-mengena dengan emak? Ataupun lelaki jahanam itu telah menimbulkan masalah lagi? Berbagai persoalan bermain difikiranku sepanjang hari itu.

Jam sudah menunjukkan waktu untuk menutup café. Aku lihat dimeja tadi, lelaki itu masih menunggu; pasti perkara yang ingin dibincangnya penting; fikirku.
“Maaf, saya sibuk tadi…sekarang dah lewat, apakata kalau awak datang esok sahaja.”Kataku,cuba berdalih.
“Tak mengapa, saya masih ada masa sekarang…kita boleh berbincang sekarang. Melainkan cik tiada masa…” Terangnya dengan sopan. Aku rasa bersalah terhadap lelaki itu memandangkan telah lama dia menunggu aku disitu;
“Tak… Saya ada masa sekarang, tapi café ini perlu ditutup.”

“Apa kata kalau kita ke tempat lain untuk berbincang?”Aku agak terkejut mendengar cadangan lelaki itu tapi setuju kerana ingin menebus kesalahan ku dengan membiarkan dia menunggu terlalu lama…

Monday, March 16, 2015

Bab 2

‘Sekurang-kurangnya, dapat juga aku lari sekejap dari bertembung dengan lelaki itu.’ Itulah yang bermain difikiranku semasa membuat keputusan untuk bekerja. Tapi aku sedar; itu hanya untuk sementara waktu saja kerana apabila aku pulang ke rumah, aku masih perlu menghadapnya.
Aku melepaskan keluhan yang terasa agak berat sambil menutup loker di ruangan pekerja sebelum menuju ke bahagian dapur.

Aku baru sahaja tamat tingkatan lima dan sedang menunggu keputusan SPM. Sementara itu, aku bekerja dikedai bapa Alya, rakan sekelasku untuk penuhi masa lapang selain untuk mengelakkan diri dari berada dirumah sepanjang hari.
Mengimbas kembali hakikat yang kini aku tinggal dibawah satu bumbung dengan lelaki itu; membuatkanku rasa loya dan meluat.
‘Aku kena keluar dari rumah tu dengan secepat mungkin…’ detik hatiku.
Tidak cukup dengan itu, aku juga menyimpan satu rahsia yang amat dalam, tentang diriku, tentang Eryn Erryanna. Rahsia yang begitu dalam sehingga hanya ayah yang tahu kebenarannya. Rahsia tentang siapa aku yang sebenarnya.
Aku cukup takut jika satu hari nanti perkara ini akan terbongkar pada mak, tapi aku tahu yang aku tak boleh rahsiakan perkara ini selamanya. Pernah sekali aku hilang pertimbangan dengan mak dan hampir-hampir terlepas cakap tapi, aku sempat sedar sebelum ia terbongkar.

“Eryn, tolong hantarkan pesanan ni ke meja 8…” Suara Kak Su; tukang masak, mengejutkan aku dari lamunan lantas satu dulang yang agak sarat dengan hidangan dihulurkannya.
“Baik…” Aku mula mengangkat dulang itu dengan hati-hati.
“Ah,  Eryn?”
“Ya?” Langkahku terhenti.
“Selamat memulakan tugas…” sebaris senyuman dihadiahkan kepadaku; cukup untuk membuatkan aku sendiri tersenyum.
“Terima kasih, Kak Su…” lantas mataku tertangkap akan mata yang memandangku dari kaunter sejak tadi. Alya tersenyum sambil membuat isyarat berusaha padaku. Aku hanya mengangguk sambil membalas senyumannya.
Keadaan tempat kerjaku dan layanan yang ku terima disini jauh berbeza dari ketika aku berada dirumah; malah aku berasa lebih selesa di café kecil ini berbanding di rumah mak.

“Amier jom kita pergi lunch, nak? Aku belanja.” Ajak Syahid, aku yang baru sahaja selesai menyemak akaun syarikat mengangkat kening; pelik.
“Betulkah? Macam tak percaya saja kau nak belanja ni.” Jawabku dengan nada sinis.
“Betullah, takkan aku nak tipu kau pula! Aku nak belanja inipun patutnya kau bersyukur, bukan syak yang bukan-bukan!” dia menjebikkan bibirnya.
“Okey, terima kasih Encik Muhamad Syahid bin Ramli diatas kesudian Encik yang baik hati berbelanja keatas pacar yang kerdil lagi hina ini.” Sengaja aku mengusiknya; diharap satu senyuman akan diberikan sebagai balasan.
“Hai, perli nampak! Sudahlah itu, malas aku nak layan bahasa mengarut kau tu! Nak ke tak ni? Last offer…” dia mengangkat kening sambil bangun menuju ke arah pintu.
“Mestilah nak! Bukan senang tangkai jering macam kau ni nak offer belanja! Tapi kejaplah, aku nak kemas fail ni dulu.” Balasku selari menutup fail yang berterabur di atas mejaku.
“Aku bukan tangkai jeringlah; itu namanya ekonomi! Hmm... Baiklah, bos… aku tunggu diluar, ya?” dia keluar sambil tersengih; aku menyertainya dan kami menuju ke tempat letak kereta.
“Kau nak ajak aku pergi makan dekat mana ini, Hid? Dari tadi aku tengok kita berpusing dekat tempat yang sama saja. Jangan-jangan kita dah sesat tak?” Ku menjengah sekeliling sambil sekali-sekala menjeling ke arah rakanku yang kelihatan keliru ini.
“Takkanlah! Aku dah dua kali pergi café tu, tak pernah sesat. Takkan bawa kau sekali boleh sesat pula!” jawab Syahid tegas.
“Kalau kau confident sangat, kenapa nampak macam confuse saja aku tengok kau ni? Betulkah jalan ni?” sekali lagi aku menyangkalnya.
“Betullah… dulu masa aku datang, aku ikut jalan ni… macam mana boleh tak ada pula?” sekali lagi dia menggaru kepalanya sambil mengerutkan dahi.
“Mungkin, kedai tu dah pindah ataupun tutup?” aku cuba memberi pendapat yang kelihatan positif; dengan harapan dia taklah berasa hampa sangat.
“Tak mungkinlah tutup… kedai tu banyak pelanggan…” Aku hanya mendiamkan diri memandangkan dia kelihatan berkeras untuk mencari kedai yang dimaksudkannya.

Kami singgah di stesen minyak untuk mengisi petrol ke kereta waja syarikat sebelum memulakan semula perjalanan.
“Itulah, aku sudah cakap awal-awal tadi, kita pergi saja lunch dekat mana-mana gerai. Kau tak nak, degil! Kononnya nak lunch di café, tengok sekarang? Lunch ke mana, café ke mana? Aku menghulurkan sebotol air mineral sejuk kepadanya.
“Alah, aku bukan tahu kita akan sesat! Kalau aku tahu, mesti aku dah ajak kau pergi lunch di gerai mamak saja. Lagipun, aku ingat nak buat kau terharu sebab aku rai kau dah dua tahun jadi CEO.” Menyedari Syahid agak tertekan dengan suasana itu, aku pun memberi cadangan.
“Tak apalah Hid, apa kata kita pergi saja lunch di café tadi. Aku tengok pun boleh tahan sambutannya. Kita cuba ya?” Kataku sambil menepuk bahu sahabat yang makin akrab denganku sejak kami berkenalan waktu aku mula menjejakkan kaki ke ERRYaNNA INDUSTRIES.
Kereta kami berhenti di hadapan café yang dimaksudkan tadi. Aku masuk ke premis itu dengan Syahid mengekori dari belakang; masih kelihatan  kecewa.
“Hid, apa masam sangat muka itu? Mari sini duduk, sejuk sikit. Alah, sudahlah itu! Kalau betul kau nak buat aku terharu, dimana-mana pun boleh!” kataku untuk menenangkan Syahid sambil menariknya ke meja berhampiran penghawa dingin.
“Yakah? Betul?” sekali lagi dia buat muka seposen.
“Ya!” aku mengangkat kening sambil tersengih.
“Okey, kalau macam itu, kau pesan saja apa yang kau nak makan, aku belanja.” Aku pun mengangkat tangan memanggil pelayan disitu sambil Syahid membelek-belek napkin meja.
“Hid, kau tak pernah jumpa napkin ke?” sengajaku mengusiknya.
“Amier, tadi kau tengok papan café ini tulis apa?”tiba-tiba matanya bercahaya.
“Hah, err…  Dahliqa café kalau tak salah aku, kenapa?” Aku pelik melihat perilaku Syahid.
“Amier, inilah café yang aku nak cari itu! Kenapa kau tak cakap dengan aku awal-awal?”
“Bukan kau kata nama café tu Atika café ke?” aku menjelingnya dengan perasaan tak puas hati.
“Oh, ya ke? Hehe…  maaf.” Seorang pelayan wanita menghampiri kami untuk mengambil pesanan.
“Selamat datang, encik. Boleh saya mengambil pesanan?” istimewa sungguh uniform pekerja café ini kerana mereka menekankan aspek keperibadian setiap pekerja dan pelanggan boleh melihat sifat setiap pelayan di café itu melalui pemakaian uniform mereka.
Sedang sibuk Syahid memesan makanan tengahari setelah aku membuat pesananan terlebih dahulu tadi, aku mengambil peluang memerhatikan keadaan sekeliling café itu.
Café itu tidaklah begitu besar tapi, pelanggan-pelanggannya kelihatan puas setelah meninggalkan café yang bercirikan moden kontemporari itu.
Sedang aku menunggu pesanan, pandanganku tertumpu pada pintu dapur, memerhatikan gelagat pelayan memberi pesanan pelanggan kepada pembuat roti dari tingkap kecil yang terdapat pada pintu dapur itu.
“Ini pesanan encik tadi, silakan.” Pandanganku kembali ke meja kami setelah pesanan sampai.
“Macam mana, bos? Okey tak café ni?” Tanya Syahid setelah kami selesai makan.
“Boleh tahan,walaupun premisnya kecil dan sederhana tetap dapat menyentuh hati tiap pelanggan melalui hidangan yang disajikan. Pandai kau cari tempat makan…”
“Hehe... mestilah! Inikan Syahid!” rakan baikku ini tersengih sambil mendabik dada; perasan agaknya.
Melihatkan masa yang tidak mengizinkan, kami pun mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Sementara Syahid menjelaskan bil, aku mengambil kesempatan sekali lagi untuk melihat keadaan sekeliling premis Dahliqa café yang begitu menarik hatiku.
Sedang aku memerhatikan sekeliling, pandanganku terhenti pada seorang pelayan wanita yang sedang termenung di tepi pintu premis itu. Gadis itu berpakaian seragam berbeza dengan pelayan lain kerana hanya gadis itu yang  mengenakan unifom pelayan lelaki dan pelayan-pelayan lain; walaupun memakai unifom berbeza-beza, tetap unifom pelayan wanita.
Aku sendiri; jika tidak perasan akan susuk tubuh wanita pada pelayan itu, pasti aku akan menyangkakan dia seorang lelaki. Aku yang ingin memalingkan pandanganku ke arah Syahid; terpaku apabila gadis tadi memalingkan wajahnya kearahku, lantas aku memandangnya sekali lagi seakan tidak percaya akan apa yang ku lihat tadi.

Sekembali ku ke pejabat, aku teringat akan pelayan wanita di café tadi. Wajahnya begitu seiras, saling tak tumpah; bagai pantulan di cermin, atau mungkinkah itu dia?
“Hah! Tak mungkin orang yang sudah mati boleh hidup kembali! Lagipun, aku sendiri yang menyaksikan jenazah arwah dikebumikan.” Kataku sendiri, menafikan kata hatiku tadi. Tapi, kenapa dia begitu seiras?

Dan kenapa aku mempunyai perasaan yang pelik apabila terpandang gadis itu? Perasaan yang berbeza dari gadis lain mahupun arwahEryn.

Friday, March 13, 2015

Bab 1

Cuaca pagi itu nampak baik, aku membawa ayah ke pejabat seperti pintanya semalam. Pada mulanya memang aku membantah, risau juga dengan keadaan ayah; kelihatan masih dalam keadaan emosi yang tak menentu kerana baru saja kehilangan Eryn.
Tapi setelah didesak dan dipujuk ayah ditambah lagi dengan leteran Mak Piah; aku akur juga akhirnya. Lagipun, ayah dah nampak semakin baik berbanding sebelum ini.
Sedar tak sedar, kami telah pun berdiri di hadapan pintu bilik mesyuarat. Aku menghela nafas panjang sebelum membuka pintu untuk ayah.

“Baik, seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, saya sepatutnya telah pun bersara memandangkan usia dan keadaan kesihatan saya yang semakin tidak mengizinkan.” Kagum betul aku lihat karisma yang ayah tunjukkan semasa berucap didepan pekerja-pekerjanya; ayah tampak begitu yakin dan bersemangat.

“Dengan ini, sukacitanya ingin saya maklumkan persaraan saya dan sekaligus melantik CEO baru bagi syarikat ERRYaNNA INDUSTRIES.” Mataku terbeliak mendengar pernyataan ayah itu;
‘Ber... bersara? CEO baru? Kenapa ayah tak cakap apa-apapun? Mungkin sebab itulah ayah beria sangat nak datang ke pejabat hari ini.’ Aku melihat reaksi pekerja-pekerja ayah yang juga menunjukkan reaksi yang sama;
‘Mesti diorang pun tak tahu perkara ni.’ Detik hatiku sambil menunggu nama CEO baru diumumkan dengan perasaan berdebar-debar.
‘Mesti ayah nak lantik otai syarikat ni’ Dengan tak semena-mena, aku pula yang gementar tak tentu pasal.
“Amier, mari sini.” Aku yang dari tadi berdiri tegak bagai tiang benderadi belakang ayah, tersentak apabila tiba-tiba dipanggil.
“Ya… ayah?” perlahan-lahan aku menghampiri ayah dari belakang.
“Amier, hari ini ayah nak berikan Amier tanggungjawab yang besar dan paling berharga dalam hidup ayah; selain keluarga ayah.” Ayah meletakkan tangannya dibahuku.
“Sa.. saya tak faham, ayah..” Aku yang terpinga-pinga dari tadi jadi semakin keliru apabila ayah hanya tersenyum padaku.
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya perkenalkan; ini, anak lelaki saya, Amier Shah Redza…” Ayah berhenti seketika sambil memandangku.
‘Ayah…’ Aku yang pada mulanya berasa kekok, terharu dengan kenyataan ayah yang mengaku aku anaknya dihadapan sekalian pekerja.
“Juga… selaku CEO baru bagi ERRYaNNA INDUSTRIES.” Ayah memberikan sebaris senyuman sambil menepuk bahuku.

Terkejut dengan tindakan ayah tadi, aku hanya mendiamkan diri untuk seketika; tak ingin aku menimbulkan kekecohan semasa semua pekerja masih berada didalam bilik itu. Setelah keluar dari bilik mesyuarat,barulah aku berani bersuara,
“Ayah, tapi kenapa saya? Saya kan tak layak untuk jawatan ni? Nanti apapula kata Ahli Lembaga Pengarah dan pekerja-pekerja lain? Sedangkan saya ni tak ada pengalaman dan saya yakin mereka lebih berhak untuk jawatan ini dari saya, dan…” Belum sempat aku menghabiskan ayat, ayah mencelah;
“Kau tak sudi tolong ayah?” Aku terdiam.
“Bukan itu maksud saya ayah, cuma saya rasa macam tak adil pula pada pekerja lain.” Aku cuba untuk tidak mengguris hatinya.
“Tapi, bagaimana kalau ayah tak percayakan mereka dan lebih percayakan kau?”
“Tapi, ayah…” aku masih serba bersalah.
“Kau tak payah risau perihal lain; lagipun, aku pengasas dan pemilik tunggal syarikat ni… aku ada kuasa penuh untuk lantik sesiapa saja yang aku suka.” Senyap; aku mati akal.
“Ayah tak pernah percayakan sesiapa selain kau; terutamanya selepas Eryn dah tak ada ni. Sebab itu jugalah, kau; orang yang ayah bagi kepercayaan penuh untuk menjaga Eryn dulu. Ayah harap Amier faham dengan keputusan ayah dan terima jawatan ini memandangkan ayah sudah tiada sesiapa lagi dalam dunia ini kecuali Amier.” Tak sampai hatiku hendak menolak permintaan ayah.
“Baiklah ayah, kalau itu keputusan ayah; Amier ikut saja.” Akhirnya aku akur.
“Terima kasih, Amier… ayah tahu ayah boleh harapkan kau.” Ayah memelukku sambil tersenyum puas.
‘Macam mana aku boleh tolak permintaan ayah? Sedangkan selama ini, ayahlah yang selalu bantuku sejak kecil dulu juga semasa aku perlukan kasih sayang seorang ayah; yang dah lama aku rindu.’ Itulah yang bermain difikiranku apabila aku menerima keputusan ayah tu.

“Eryn Erryanna binti Zami Ibtisam, saya kecewa dengan sikap kamu waktu P&P berlangsung. Sudah berapa kali hendak saya ulang pada kamu? Waktu pembelajaran berlangsung, kamu perlu tumpukan perhatian; bukannya tidur didalam kelas!” Gadis 17 tahun yang senyap sejak tadi hanya membuat endah tidak endah akan teguran gurunya itu.
“Eryn! Kamu dengar tidak apa yang saya cakapkan tadi?” Guru yang tiba-tiba berang dengan kelakuan pelajarnya ini, mulai meninggikan suara. Gadis itu tersentak seketika sebelum kembali tenang.
“Ya… cikgu, saya dengar. Boleh saya balik kelas sekarang? Sekarang pun waktu P&P. Nanti kalau saya lewat masuk kelas, cikgu tulis ponteng pula.” Muka cikgu Rozila yang bertukar merah kerana marah itu mulai reda apabila cikgu Huzaimi masuk ke biliknya untuk berjumpa dengan Eryn kerana ada hal berkaitan pembelajaran di kelas. Selepas keluar dari bilik cikgu Rozila, barulah Eryn bersuara;
“Nasib baiklah cikgu datang, kalau tidak bernanahlah telinga saya dengar cikgu Rozila berleter tadi.” Gadis itu membantu cikgu Huzaimi mengangkat buku-buku rakan sekelasnya sambil tersengih.
“Awak pun satu, kenapa awak selalu tidur dalam kelas? Malah, dalam kelas saya pun sama; apa masalah awak sebenarnya?” Eryn yang tadi tersenyum masih cuba untuk mengekalkan reaksinya dihadapan cikgu Huzaimi,
“Tak ada apa-apalah cikgu… bosanlah, kadangkala sebab saya tak faham. Itu saja, awak tak payah risau; saya tak ada masalah lain.” Terangnya dengan nada rendah.
“Kalau betul apa yang awak cakapkan ni, saya harap awak boleh berubah dan mula belajar untuk berbaik dengan cikgu-cikgu di sekolah ini terutamanya yang mengajar awak. Lagipun, awak kena dapatkan restu mereka; awak kan nak ambil peperiksaan SPM tahun ini.” Gadis itu hanya mendiamkan diri buat seketika.
“Oklah cikgu, mulai hari ini saya akan cuba sedaya upaya untuk baiki diri saya. Jadi, tak payahlah awak risau lagi, ya?” akhirnya dia bersuara selepas agak lama berdiam.
“Baik, saya pegang janji awak.” Kata cikgu Huzaimi sambil menghulurkan jari kelingkingnya dan disambut dengan jari kelingking Eryn, tanda janji. Hubungan mereka memang rapat memandangkan Huzaimi adalah anak angkat Haikal; ayah tiri Eryn.
Namun, Eryn hanya menerima Huzaimi sebagai abangnya dan bukan Haikal sebagai  bapanya.
Sampai saja di rumah, Eryn dikejutkan dengan berita ibunya dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang agak parah akibat dipukul. Eryn tiba diwad ibunya pada malam hari kerana dia bekerja sepanjang hari.
“Mak…” air mata mengalir seiring digenggam tangan ibunya dengan penuh kasih.
“Eryn dah balik? Mak dah lama tunggu, mak nak makan dengan Eryn.” Kata wanita  itu; kelihatan pucat.
“Maafkan Eryn, sebab Eryn balik lambat, maaf sebab buat mak tunggu Eryn. Mak tak apa-apakah? Kalau Eryn selalu ada dirumah, mesti tak jadi macam ni… maafkan Eryn, mak…” Makin  bergetar  suaranya.
“Tak mengapalah, bukan salah Erynpun.”Wanita itu tersenyum sambil mengusap kepala puteri kesayangannya itu.
Sejak peristiwa itu, Eryn kian berubah kerana tidak mahu membebani ibunya. Dia makin bijak mengatur masa dalam melakukan aktiviti hariannya; belajar, kerja dan menemani ibunya.

Namun pada satu malam, seperti kebiasaannya Haikal pulang dalam keadaan mabuk. Kebetulan, Eryn pulang awal pada malam itu kerana majikannya mempunyai hal peribadi. Jadi premis ditutup awal. Eryn telah melihat satu pandangan yang paling dibencinya berlaku didepan mata, ibunya telah diperlaku kasar oleh Haikal ketika hendak memimpinnya masuk.
Eryn yang dah lama bersabar dengan kelakuan Haikal terhadap ibunya telah bertindak malam itu. Ditolaknya Haikal yang mabuk itu keluar dari rumah lalu dikuncikan pintu dari dalam, menyebabkan lelaki yang masih dibawah pengaruh alkohol itu menjadi berang dan terjerit-jerit diluar rumah.
Eryn segera mendapatkan ibunya yang jatuh kerana ditolak Haikal tadi. Ibunya yang baru sedar akan tindakan anak terhadap suaminya itu; mula berasa marah. Wanita itu menepis tangan Eryn, lalu bangun dan bergegas  ke pintu rumah;membuka pintu untuk suaminya.

“Kau dah gila? Kenapa kau halau laki aku? Ini bukan rumah kau, jangan pandai-pandai nak bertindak ikut sesuka hati kau!” Aku tersentak dengan kata-kata mak, aku tak percaya emak sanggup berkata begitu.

‘Mak membela lelaki jahanam itu walaupun mak dah lama diseksanya, kenapa? Kenapa mak sanggup memilih lelaki itu dari anaknya sendiri?’ Tapi aku enggan melawan, aku hanya beredar ke bilikku dengan perasaan tidak puas hati.

Prologue

SEGALANYA bagai mimpi yang berlaku dengan pantas. Tanpaku sedari, sudah genap dua bulan Erryanna meninggalkan kami akibat penyakit misteri yang dihidapinya sejak kecil. Selama ini tidak pernah ku sangka; disebalik wajah ceria Erryanna, gadis itu sedang melawan penyakitnya dan hanya menunggu saat-saat terakhirnya sahaja.
Masih jelas padaku waktu itu, aku ke rumah pak cik Ibtizam dengan hasrat ingin bertemu Eryn buat kali terakhir sebelum aku bertolak kembali ke kampus kerana cuti semester telah tamat. Tak sangka pula ianya sememangnya pertemuan kami yang terakhir.

Apabila aku sampai di rumah ayah. Aku mendapati; mereka tiada disitu. Menurut kata pembantu rumahnya; Mak Jah, Pak Zami keluar membawa Eryn dalam keadaan tergesa-gesa apabila Eryn tiba-tiba tak sedarkan diri.
Lantas, ku teringat akan hospital yang pernah ku temankan Eryn dulu untuk membuat ‘medical check-up’. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru ke kereta. Lalu, ku pandu bagai orang hilang akal; tanpa memikirkan kebenaran andaianku itu.
‘Ya Allah, tolonglah selamatkan Eryn!’ Sepanjang perjalanan, hanya keadaan Eryn dan kebimbangan akan kesihatannya memenuhi ruang fikiran dengan harapan andaianku itu adalah tidak lebih dari sekadar andaian semata-mata.

Kini, aku telah berada diperkarangan hospital yang dimaksudkan, aku meninggalkan kereta dan berlari sekuat hati ke kaunter pertanyaan. Aku menumpukan sepenuh keringatku berlari kearah bilik yang dimaksudkan nurse tadi.
“Erryyynnnn!!!!”
Langkahku terhenti mendengar laungan nama Eryn bergema di ruangan lobi; itu suara pakcik! Aku bagaikan boleh mendengar degupan jantungku yang makin laju saat aku mula melangkah lemah sebelum mulai berlari lagi. Aku menghampiri suara itu dan, terjawablah segala persoalan apabila aku melihat isi bilik.
Daun pintu terbuka luas dan ku lihat sekujur tubuh terbujur kaku diatas katil dengan seorang lelaki terduduk disisinya. Segera ku mengecam lelaki itu.
‘Pak cik?’ perlahan-lahan aku menghampiri lelaki itu sambil mataku masih terkunci padanya tanpa sebarang kata mahupun suara. Aku menggapai bahunya;
“Eryn…” aku menggagahkan hatiku untuk melihat wajah gadis yang pernah rapat denganku dulu. Yang pernah memanggilku abang dan sentiasa tersenyum suatu ketika dulu; kini pucat, lesu dan tak bernyawa lagi.
Hatiku luluh saat ku memandangnya, mengetahui hakikat yang kini aku takkan dapat melihat senyuman mahupun mendengar tawanya lagi. Ingin ku menangis, tapi ku tahan, khuatir kalau aku akan membuatkan pak cik Zami lebih sedih.
Namun, cecair hangat mengalir jatuh ke pipi jua saat aku memejamkan mata; lantas aku memalingkan pandangan darinya.
Pak cik Zami kelihatan lesu tika itu, ingin sekali aku menenangkannya. Tapi, suaraku bagai disekat; tak ada satu perkataan pun yang dapat ku luahkan; hanya bisikan nama Eryn.

Aku tersedar dari lamunan saat kelibat pakcik Zami berjalan ke arah dapur kelihatan dari ekor mataku. Aku berlari anak kearah lelaki itu untuk menghulurkan bantuan, semenjak kehilangan Eryn; lelaki itu kelihatan makin runsing dan tak terurus.
“Kenapa pak cik tak tidur lagi ni?”
“Aku dahaga.” Pendek saja jawapannya.
“Tak apa pak cik, biar saya ambilkan; pak cik duduk dulu.” Aku memimpinnya ke kerusi berhampiran sebelum memberinya segelas air.
“Terima kasih…” Aku melihat dia meneguk air itu dengan perlahan-lahan sehingga habis; sebelum menghulurkan semula padaku. Tiba-tiba pak cik Zami menggenggam tanganku; matanya memandang tajamku; ku terkedu sebentar.
“Pak cik, kenapa ni?” aku melihatnya dengan penuh tanda tanya.
“Tolong panggil pak cik ayah, boleh?” Aku yang tergamam sebentar; mengganguk perlahan. Moga dapat menyenangkan hatinya buat masa ini.

“Terima kasih.” Balas pak cik Zami sambil tersenyum sebelum memelukku. Lega ku melihat tindak balas positif darinya yang selama ini hanya terdiam tanpa sebarang emosi mahupun reaksi. Sebenarnya aku yang patut berasa terima kasih padanya; kerana sudi menerimaku sebagai ahli keluarganya.