“Maaf, saya tak
berminat dengan tawaran encik. Saya rasa encik dah tersilap pilih orang untuk
buat kerja kotor encik ni.” Suara lantang gadis itu menarik perhatian
pelanggan-pelanggan lain memandangkan.
Lelaki yang duduk
dihadapannya itu masih mengekalkan riaksi tenang sebelum menarik tangan gadis
itu, menghalangnya dari bangun untuk beredar.
“Tolong dengar dulu… cik,
saya sebenarnya…” dia masih mengekalkan nada yang rendah.
“Maaf, walau apa pun
alasan encik, saya dah pun buat keputusan dan saya takkan mengubahnya walaupun
encik beri saya 10 juta sekali pun. Saya harap encik Amier hormati keputusan
saya ini.” Lantas lelaki tadi melepaskan tangannya dan mengambil kad nama untuk
diberi pada gadis itu.
“Ini kad nama saya,
cik telefonlah saya kalau-kalau cik ubah fikiran. Kalau cik tetap dengan
keputusan cik, cik simpan sajalah kad nama ini.” Gadis itu masih tidak
menunjukkan reaksi sehingga memaksa lelaki tadi meletakkan kad namanya di
tangan gadis itu, lalu beredar dari situ.
Malam itu, aku pulang
agak lewat dari kebiasaan kerana aku telah berjumpa dengan gadis yang sering
mengganggu fikiranku semasa aku keluar makan dengan Syahid tempoh hari.
“Balik pun kau, aku
ingat esok baru aku nampak batang hidung kau!” Syahid membuka pagar rumah. Aku
telah meminta bantuannya untuk menjaga ayah buat seketika semasa aku keluar
berjumpa gadis tadi.
“Amier, kau tak
apa-apakah?” Sekali lagi dia bertanya.
“Tak… aku okey saja...
Syahid, terima kasih sebab sudi tolong aku jaga ayah hari ini. Kalau kau tak
ada, mesti aku susah. Terima kasih.” Kataku sambil menepuk bahu satu-satunya
kawan baikku itu.
“Tak apalah… kita kan
kawan, itulah gunanya kawan kan? Kau kenapa ni? Aku tengok kau macam tengah
susah hati saja…” Aku akhiri perbualan itu dengan menegaskan bahawa aku hanya
letih. Malam itu Syahid bermalam di rumahku memandangkan hari telah lewat dan
aku begitu memaksanya untuk berbuat demikian.
Keesokan harinya aku
mengambil cuti kerana fikiranku masih lagi terganggu akibat tindakan
terburu-buru aku semalam.
‘Aku patut cuba untuk
lebih bersabar dan tidak bertindak terburu-buru, mungkin keputusan dia akan
berbeza dari semalam.’ Terdetik di hatiku tika teringatkan peristiwa itu.
Aku tersentak apabila
ayah melangkah masuk ke dalam bilik, lantas aku teringat tempahan makan malam yang
ku buat pada petang tadi; untuk aku dan ayah, memandangkan kami telah lama
tidak makan diluar bersama kerana aku sering sibuk dipejabat.
“Ayah, mari kita
pergi makan malam.”
“Kau biar betul, Mir!
Takkan kau nak aku ikut perempuan tu?” Kata Syahid sambil menggaru kepala.
“Itulah yang aku
cakap tadi, aku betul-betul minta tolong kau ni… kali ini saja!” rayuku lagi.
Aku telah membuat keputusan setelah berfikir panjang sewaktu makan malam
bersama ayah malam tadi. Aku ingin memastikan perkara itu dengan lebih jelas
dan tepat supaya aku boleh mengambil langkah seterusnya jika keraguanku ini
berasas.
“Yalah, kau nak minta
tolong dengan aku; aku tak kisah. Tapi, takkanlah sampai menghendap anak dara
orang! Nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena tangkap sebab ganggu orang. Kau
nak tanggung?” katanya lagi, masih lagi membantah.
“Bukan itu maksud
aku, aku cuma nak minta kau tolong siasat latar belakang saja. Boleh tak? Pasal
kerja kau, aku boleh cover… lagipun, kau anggap saja ni salah satu tugas
syarikat, boleh?” aku mencuba sekali lagi memandangkan aku tidak dapat memikirkan
cara lain lagi buat masa ini.
“Salah guna kuasa
nampak.” Kata Syahid sambil menjeling aku yang sememangnya terdesak. Dia
menghela nafas panjang sebelum bersuara kembali.
“Baiklah, tapi aku tolong
kau ni pun sebab kau banyak tolong aku selama ni dan bukan sebab nak ampu kau
untuk naikkan pangkat aku,okey?”
“Terima kasih Syahid…
kau lah sahabat aku dunia akhirat…” terasa lega sedikit dengan persetujuannya;
dapatlah aku teruskan rancanganku nanti.
“Tak apalah… tapi,
aku nak tahu juga kenapa kau beria sangat nak tahu latar belakang perempuan tu
sedangkan kau baru sekali saja berjumpa dengan dia.” Aku bagai diselamatkan
apabila perbincangan kami terganggu oleh setiausahaku yang telah berdiri di
pintu.
“Maafkan saya, Encik
Amier; mesyuarat bakal bermula dalam 10 minit lagi.”
“Ah, ya… terima kasih Sofea; saya datang sekarang.”
Aku mula bersiap untuk ke bilik mesyuarat.
“Eh?” Syahid
kelihatan terpinga-pinga seketika.
“Maaf, Syahid… aku
tak ingat pula hari ni aku ada mesyuarat; nanti kita jumpa masa lunch, ok?” aku
berasa sedikit bersalah kerana terpaksa mematikan perbualan kami begitu saja.
“You’re the boss…”
Syahid bangun dari situ sambil tersengih.
Selesai sahaja
mesyuarat, aku terus mengelak dari bertembung dengan Syahid kerana masih tidak
bersedia untuk memberi jawapan kepada soalannya tadi.
‘Takkanlah aku nak
cakap yang aku syak perempuan itu adalah Eryn atau ada kena-mengena dengan Eryn.
Sedangkan sudah terang-terang kematian Eryn diketahui ramai, juga keluarga
arwah hanyalah ayah kerana dia adalah anak tunggal’.
Sebulan berlalu,
akhirnya Syahid berjaya mendapatkan maklumat yang aku perlukan mengenai gadis
misteri itu.
Ternyata,maklumat
peribadinya amat mencurigakan; aku bagai tidak percaya apa yang sedang aku
lihat ketika itu terutamanya apabila membaca nama penuh gadis itu; ERYN
ERRYANNA BINTI ZAMI IBTISAM.
Walaupun marahku
semalam belum reda lagi, aku tetap perlu melakukan apa yang telahku janji pada
Pak Darus.
“Jangan risau, pak
cik… saya akan uruskan hal ini. Tapi, saya perlukan sedikit waktu.” Terngiang-ngiang
dikotak fikiran ku janji yang aku ucapkan semalam pada pak cik.
‘Janji? Lebih kepada
satu jaminan…’ aku mengeluh tika berhenti dihadapan pejabat daerah. Aku menarik
nafas panjang, lantas melangkah masuk ke pejabat daerah.
Aku melangkah masuk
ke pejabat menuju ke bilik Pegawai Hakmilik Pembangunan; Encik Rahmat Ali, pegawai
yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pembangunan tanah. Beliau telah
menerangkan prosedur-prosedur yang berkaitan dengan pindah hak milik bangunan
dan memaklumkan Pak Darus perlu membuat pembayaran sebanyak RM 50,000 sebagai wang
penebusan. Aku tidak berpuashati dengan penerangan yang diberikan dan mula hilang sabar.
“Apa maksud encik,
menebus semula dengan 50,000 ribu ringgit? Saya rasa encik dah salah faham… Café
Dahliqa itu hak milik Pak cik saya sepenuhnya… hak milik pak cik Darus! Kenapa
pula kami perlu bayar RM50,000 pada pihak encik? Sedangkan itu memang hak kami
dan pihak luar tak ada hak untuk mengambil alih premis itu tanpa izin kami!” Bergema
suaraku di dalam bangunan itu, menyebabkan semua isi bangunan kini menumpukan
perhatian pada meja kami.
“Cik, bawa bertenang.
Saya faham keadaan cik tapi pihak kami ada sebab sendiri kenapa perkara ini
perlu berlaku.” Terang lelaki itu sambil dengan nada perlahan.
“Sebab?” Soalku
setelah kembali tenang.
Aku keluar dari
pejabat itu dengan perasaan yang tidak menentu dan terus menahan teksi untuk
menuju ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan, pelbagai perkara bermain
dimindaku.
‘Mengapa Pak cik
Darus membiarkan premisnya tidak ditukar nama pemilik ketika membelinya dari
Pak cik Hamid… dan kenapa pula pak cik Hamid sanggup menjualkannya kepada orang
lain sedangkan pak cik Hamid sendiri yang telah menjualkannya kepada Pak Darus?’
Aku turun dari teksi
betul-betul di hadapan rumah usang Pak Hamid. Aku menarik nafas panjang sebelum
memberi salam dan mendapat berita mengecewakan dari isterinya apabila Pak Hamid
dikatakan telah keluar bandar untuk beberapa bulan atas urusan kerja.
“Ayah, mana Eryn ni?
Kenapa tak balik-balik lagi?” Alya mengeluh sambil menjengah ke luar tingkap.
“Tak ada apa-apalah, alah…
kejap lagi baliklah dia… lagipun, kan dia cakap mungkin tadi dia takkan masuk
kerja hari ini.” Hanya suaranya saja kedengaran dari bahagian dapur.
“Erm… Betul juga… tapi…”
sekali lagi gadis itu menjebikkan bibir. Melihatkan keadaan anaknya itu, Pak Darus
merapatinya sambil menarik keluar tuala putih dari koceknya.
“Dah, tak payah nak
risau hal orang lain! Pinggan-pinggan di sinki tu takkan bersih dengan sendiri,
pergi cuci!” Arah lelaki itu sambil mencekak pinggangnya; kini dia berada
betul-betul dihadapannya. Gadis itu dengan langkah malas, bangun menuju ke
sinki yang dipenuhi pinggan mangkuk kotor.
Pak Darus yang dari
tadi memandang kelakuan puteri tunggalnya itu akhirnya memalingkan pandangannya
ke arah jam pada waktu itu yang semakin lewat.
‘Eryn… aku percayakan
kau.’ telefon bimbitnya berbunyi.
Untuk seketika,
lelaki itu senyap dan cuma bersuara untuk beberapa kali sebelum memberi salam
dan mematikan talian. Alya yang dari tadi memerhatikan kelakuan bapanya, berasa
hairan.
“Ayah, siapa tu?” Pak
Darus hanya menyuruh Alya meneruskan kerjanya sambil dia bersiap untuk keluar.
“Ayah keluar kejap,
lepas tutup kedai terus balik. Jangan tunggu ayah.” Belum sempat gadis itu
menjawab, ayahnya terus keluar tanpa sebarang kata.
No comments:
Post a Comment