“Eryn! Apa yang awak
menungkan tu?” Alya menegurku dari belakang.
“Ah, tak ada apa,
maaf…masih ada kerja yang perlu diselesaikan, kan?” kataku,kesal kerana
termenung ketika waktu kerja.
“Takada kerja pun,
semua awak dah siapkan tadi. Cuma kerja-kerja ringan saja yang tinggal.” Kata
Alya sambil menjebikkan bibir.
“Kalau begitu, biar
saya tolong.” Kataku lantas ingin bangun tapi dihalangnya.
“Sudah, tak payah!
Semua kerja dalam café ini awak yang buat, cuma kerja-kerja ambil pesanan
pelanggan saja awak beri peluang pada pelayan lain. Kalau macam ini, lebih baik
ayah ambil awak seorang saja jadi pekerja. Jimat belanja.” Kata Alya
mengusikku.
“Habis tu, saya nak
buat macam mana? Dah saya memang suka buat kerja-kerja tu, lagipun bukan semua
kerja saya buat. Ayah awak bukan bagi saya masuk dapur.” Aku kembali duduk
disitu sambil Alya masih berdiri disitu.
“Urm…yalah… Awak
menang.” Katanya lalu meninggalkan aku untuk ke dapur.
“Tapi kalau awak mahu,
saya boleh pujuk ayah untuk benarkan awak masuk ke dapur.” Sempat lagi Alya
berbicara padaku sambil berjalan, dia menjeling sambil memberiku senyuman manja.
“Tak apalah, Alya.
Nanti kalau ayah awak benarkan saya tolongnya di dapur, awak kata saya buat
semua kerja dalam café ni.” Usikku selari berjalan mendahului Alya.
“Perli nampak…”
Sambil aku mengangkat pinggan-pinggan kotor dimeja pelanggan yang telah
beredar, Alya memandangku yang sedang tersenyum sambil menjebikkan bibirnya.
Aku menutup café
apabila semua kerjaku selesai. Ku lihat jam di dinding café tadi menunjukkan
tepat jam 12.00malam.
“Ah, aku terlambat!
Mesti mak tengah tunggu aku.” Lantas ku menutup café Dahliqa dengan tergesa-gesa.
Sepanjang perjalana nter gambar difikiranku bagaimana mak selalu menunggu aku
pulang seperti biasa di ruang tamu; sendirian kerana suaminya tidak akan pulang
sebelum jam 3.00pg. Menyedari akan keadaan itu, akumemecut skuterku menuju ke
rumah.
Keesokan paginya, aku
menuju ke café seperti biasa. Rasida yang mengambil cuti sakit diganti aku untuk
syif pagi; selalunya aku hanya bekerja untuk syif petang hingga malam.
Sepanjang hari aku
sibuk melayan pelanggan café sehinggalah satu ketika apabila waktu rehat kami;
Alya datang kepadaku mengadu.
“Eryn, saya
risaulah!” Gadis itu tiba-tiba datang dan terus memelukku dari belakang.
“Kenapa ni?” aku
menyuruhnya duduk di kerusi bersebelahanku.
“Ayah, saya risau
pasal ayah. Ayah nampak pelik sejak pagi tadi, awak tak perasankah?” dia tunduk
sambil mengetap bibirnya.
“Perasan juga, tapi
saya ingat itu cuma perasaan saya sahaja tadi;sebab itu saya tak tegur.” Kataku
teringat akan kelakuan Pak Darus yang agakaneh sewaktu membuka café tadi.
Pak cik Darus yang
selalu kelihatan ceria sewaktu membuka café Dahliqa; nampak muram dan senyap,
tidak seperti selalu.
“Mungkin ayah ada
masalah…” Balas Alya yang kelihatan makin risau.
“Dan mungkin juga
tak, kan?Dah lah tu, Alya. Awak janganlah risau sangat, mungkin ayah awak
tengah fikirkanresepi baru? Siapa tahu,kan?” kataku, sambil menepuk bahu Alya;
cuba menenangkannya.
“Tapi…”
“Dah, tak ada
tapi-tapi…sekarang baik awak pergi makan dulu sebelum waktu rehat habis, jangan
risau sangat.” Aku bangun dari situ sambil menariknya bangun sebelum menolaknya
ke arah dapur.
Waktu berlalu dengan
pantas; tanpa akusedari, jam di dinding café telah pun menunjukkan tepat jam
12.30mlm; masa untuk menutup kedai. Alya dan staf-staf lain telah pun pulang
awal seperti biasa.
Aku yang diberi
kepercayaan untuk menutup café Dahliqa, memeriksa premis sekali lagi untuk
memastikan segalanya berada dalam keadaan teratur dan sedia apabila café dibuka
keesokannya. Setelah puas hati, aku pun mengunci café selari memaling ke arah perhentian
bas berdekatan untuk melihatkalau-kalau ada bas yang berhenti disitu.
Sedang aku memaling
semula kearah pintu premis, aku terlihat akan kelibat seseorang berdiri di
belakangku lantas aku memandang ke arahnya.
“Pak Darus!”
Kami pun duduk di
kerusi bahagianhadapan premis sambil minum kopi yang telah aku sediakan tadi.
“Pak cik kata ada
yang hendak dibincangkan dengan saya, pak cik cakaplah…”
“Aku sebenarnya ada
benda nak cakap dengan kau; sebab sekarang ni aku tak tahu nak bagitahu siapa
lagi memandangkan aku tak percayakan sesiapa selain Alya dan kau.” Melihatkan
keadaan Pak Darus, aku agak perkara ini mesti serius.
“Pak cik ada masalah
ke?”
Perbincangan aku
dengan pak cik semalam memberi impak
padaku hingga keesokannya.
“Kau kena pastikan
Alya tak tahu tentang hal ni.” Pesan pak cik semalam masih jelas difikiranku,
‘Menyesal pula aku
menawarkan diri untuk mendengar; kan baik kalau aku buat tak tahu sahaja?’
sesekali ungkapan itu muncul di fikiranku memandangkan perasaanku menjadi
terganggusemasa berhadapan dengan Alya.
Takku sangka café
Dahliqa yang sudah bertahun-tahun diusahakan Pak Darus kiniakan diambil alih
oleh kontraktor pembinaan untuk tujuan pembangunan.Hati aku kian membara
apabila mendengar Pak Darus memberitahuku tentang perkara itu malam tadi.
“Eryn, adaorang nak jumpa dengan awak.” Aku
tersentak apabila Alya memanggilku.
“Siapa?” Pelik;
kerana setahu aku tiada siapa yang akan datang menjengukku pada waktu kerja
mahupun biasa.
“Entah, sayapun tak
pasti…tapi macam penting saja, nampak macam orang kaya.”Aku yang masih berasa
janggal hanya berterima kasih dengan Alya dan menuju ke meja pelanggan yang dimaksudkannya
tadi. Lelaki yang duduk disitu kelihatan runsing dan masih tidak menyedari
bahawa aku telah berada didepannya sehinggalah aku bersuara,
“Encik nak jumpa
dengan saya?” lelaki itu yang kelihatan kemas dengan berkemeja biru berdiri dan
menjawab dengan riak wajah yang tenang walaupun masih lagi kelihatan kerunsingannya
padaku.
“Ya, saya yang
meminta untuk berjumpa dengan cik tadi…maaf kerana mengganggu, saya ada perkara
yang ingin dibincangkan dengan saudari.” Aku yang semakin keliru dengan suasana
itu hanya memberitahunya bahawa aku tidak boleh mengambil waktu kerjaku
memandangkan Pak cik tiada dan dia hanya membalas dengan tenang,
“Tak apa, saya akan
tunggu sehingga waktu kerja saudari selesai.”Aku hanya mengiyakan keputusan
lelaki itu kerana berasa aneh, kenapa lelaki ni tiba-tiba datang berjumpa
dengan aku, apa pula yang nak dibincangkan? Mungkinkah ada kena-mengena dengan
emak? Ataupun lelaki jahanam itu telah menimbulkan masalah lagi? Berbagai
persoalan bermain difikiranku sepanjang hari itu.
Jam sudah menunjukkan
waktu untuk menutup café. Aku lihat dimeja tadi, lelaki itu masih menunggu;
pasti perkara yang ingin dibincangnya penting; fikirku.
“Maaf, saya sibuk
tadi…sekarang dah lewat, apakata kalau awak datang esok sahaja.”Kataku,cuba
berdalih.
“Tak mengapa, saya
masih ada masa sekarang…kita boleh berbincang sekarang. Melainkan cik tiada
masa…” Terangnya dengan sopan. Aku rasa bersalah terhadap lelaki itu
memandangkan telah lama dia menunggu aku disitu;
“Tak… Saya ada masa
sekarang, tapi café ini perlu ditutup.”
“Apa kata kalau kita
ke tempat lain untuk berbincang?”Aku agak terkejut mendengar cadangan lelaki
itu tapi setuju kerana ingin menebus kesalahan ku dengan membiarkan dia menunggu
terlalu lama…
No comments:
Post a Comment