Monday, March 16, 2015

Bab 2

‘Sekurang-kurangnya, dapat juga aku lari sekejap dari bertembung dengan lelaki itu.’ Itulah yang bermain difikiranku semasa membuat keputusan untuk bekerja. Tapi aku sedar; itu hanya untuk sementara waktu saja kerana apabila aku pulang ke rumah, aku masih perlu menghadapnya.
Aku melepaskan keluhan yang terasa agak berat sambil menutup loker di ruangan pekerja sebelum menuju ke bahagian dapur.

Aku baru sahaja tamat tingkatan lima dan sedang menunggu keputusan SPM. Sementara itu, aku bekerja dikedai bapa Alya, rakan sekelasku untuk penuhi masa lapang selain untuk mengelakkan diri dari berada dirumah sepanjang hari.
Mengimbas kembali hakikat yang kini aku tinggal dibawah satu bumbung dengan lelaki itu; membuatkanku rasa loya dan meluat.
‘Aku kena keluar dari rumah tu dengan secepat mungkin…’ detik hatiku.
Tidak cukup dengan itu, aku juga menyimpan satu rahsia yang amat dalam, tentang diriku, tentang Eryn Erryanna. Rahsia yang begitu dalam sehingga hanya ayah yang tahu kebenarannya. Rahsia tentang siapa aku yang sebenarnya.
Aku cukup takut jika satu hari nanti perkara ini akan terbongkar pada mak, tapi aku tahu yang aku tak boleh rahsiakan perkara ini selamanya. Pernah sekali aku hilang pertimbangan dengan mak dan hampir-hampir terlepas cakap tapi, aku sempat sedar sebelum ia terbongkar.

“Eryn, tolong hantarkan pesanan ni ke meja 8…” Suara Kak Su; tukang masak, mengejutkan aku dari lamunan lantas satu dulang yang agak sarat dengan hidangan dihulurkannya.
“Baik…” Aku mula mengangkat dulang itu dengan hati-hati.
“Ah,  Eryn?”
“Ya?” Langkahku terhenti.
“Selamat memulakan tugas…” sebaris senyuman dihadiahkan kepadaku; cukup untuk membuatkan aku sendiri tersenyum.
“Terima kasih, Kak Su…” lantas mataku tertangkap akan mata yang memandangku dari kaunter sejak tadi. Alya tersenyum sambil membuat isyarat berusaha padaku. Aku hanya mengangguk sambil membalas senyumannya.
Keadaan tempat kerjaku dan layanan yang ku terima disini jauh berbeza dari ketika aku berada dirumah; malah aku berasa lebih selesa di café kecil ini berbanding di rumah mak.

“Amier jom kita pergi lunch, nak? Aku belanja.” Ajak Syahid, aku yang baru sahaja selesai menyemak akaun syarikat mengangkat kening; pelik.
“Betulkah? Macam tak percaya saja kau nak belanja ni.” Jawabku dengan nada sinis.
“Betullah, takkan aku nak tipu kau pula! Aku nak belanja inipun patutnya kau bersyukur, bukan syak yang bukan-bukan!” dia menjebikkan bibirnya.
“Okey, terima kasih Encik Muhamad Syahid bin Ramli diatas kesudian Encik yang baik hati berbelanja keatas pacar yang kerdil lagi hina ini.” Sengaja aku mengusiknya; diharap satu senyuman akan diberikan sebagai balasan.
“Hai, perli nampak! Sudahlah itu, malas aku nak layan bahasa mengarut kau tu! Nak ke tak ni? Last offer…” dia mengangkat kening sambil bangun menuju ke arah pintu.
“Mestilah nak! Bukan senang tangkai jering macam kau ni nak offer belanja! Tapi kejaplah, aku nak kemas fail ni dulu.” Balasku selari menutup fail yang berterabur di atas mejaku.
“Aku bukan tangkai jeringlah; itu namanya ekonomi! Hmm... Baiklah, bos… aku tunggu diluar, ya?” dia keluar sambil tersengih; aku menyertainya dan kami menuju ke tempat letak kereta.
“Kau nak ajak aku pergi makan dekat mana ini, Hid? Dari tadi aku tengok kita berpusing dekat tempat yang sama saja. Jangan-jangan kita dah sesat tak?” Ku menjengah sekeliling sambil sekali-sekala menjeling ke arah rakanku yang kelihatan keliru ini.
“Takkanlah! Aku dah dua kali pergi café tu, tak pernah sesat. Takkan bawa kau sekali boleh sesat pula!” jawab Syahid tegas.
“Kalau kau confident sangat, kenapa nampak macam confuse saja aku tengok kau ni? Betulkah jalan ni?” sekali lagi aku menyangkalnya.
“Betullah… dulu masa aku datang, aku ikut jalan ni… macam mana boleh tak ada pula?” sekali lagi dia menggaru kepalanya sambil mengerutkan dahi.
“Mungkin, kedai tu dah pindah ataupun tutup?” aku cuba memberi pendapat yang kelihatan positif; dengan harapan dia taklah berasa hampa sangat.
“Tak mungkinlah tutup… kedai tu banyak pelanggan…” Aku hanya mendiamkan diri memandangkan dia kelihatan berkeras untuk mencari kedai yang dimaksudkannya.

Kami singgah di stesen minyak untuk mengisi petrol ke kereta waja syarikat sebelum memulakan semula perjalanan.
“Itulah, aku sudah cakap awal-awal tadi, kita pergi saja lunch dekat mana-mana gerai. Kau tak nak, degil! Kononnya nak lunch di café, tengok sekarang? Lunch ke mana, café ke mana? Aku menghulurkan sebotol air mineral sejuk kepadanya.
“Alah, aku bukan tahu kita akan sesat! Kalau aku tahu, mesti aku dah ajak kau pergi lunch di gerai mamak saja. Lagipun, aku ingat nak buat kau terharu sebab aku rai kau dah dua tahun jadi CEO.” Menyedari Syahid agak tertekan dengan suasana itu, aku pun memberi cadangan.
“Tak apalah Hid, apa kata kita pergi saja lunch di café tadi. Aku tengok pun boleh tahan sambutannya. Kita cuba ya?” Kataku sambil menepuk bahu sahabat yang makin akrab denganku sejak kami berkenalan waktu aku mula menjejakkan kaki ke ERRYaNNA INDUSTRIES.
Kereta kami berhenti di hadapan café yang dimaksudkan tadi. Aku masuk ke premis itu dengan Syahid mengekori dari belakang; masih kelihatan  kecewa.
“Hid, apa masam sangat muka itu? Mari sini duduk, sejuk sikit. Alah, sudahlah itu! Kalau betul kau nak buat aku terharu, dimana-mana pun boleh!” kataku untuk menenangkan Syahid sambil menariknya ke meja berhampiran penghawa dingin.
“Yakah? Betul?” sekali lagi dia buat muka seposen.
“Ya!” aku mengangkat kening sambil tersengih.
“Okey, kalau macam itu, kau pesan saja apa yang kau nak makan, aku belanja.” Aku pun mengangkat tangan memanggil pelayan disitu sambil Syahid membelek-belek napkin meja.
“Hid, kau tak pernah jumpa napkin ke?” sengajaku mengusiknya.
“Amier, tadi kau tengok papan café ini tulis apa?”tiba-tiba matanya bercahaya.
“Hah, err…  Dahliqa café kalau tak salah aku, kenapa?” Aku pelik melihat perilaku Syahid.
“Amier, inilah café yang aku nak cari itu! Kenapa kau tak cakap dengan aku awal-awal?”
“Bukan kau kata nama café tu Atika café ke?” aku menjelingnya dengan perasaan tak puas hati.
“Oh, ya ke? Hehe…  maaf.” Seorang pelayan wanita menghampiri kami untuk mengambil pesanan.
“Selamat datang, encik. Boleh saya mengambil pesanan?” istimewa sungguh uniform pekerja café ini kerana mereka menekankan aspek keperibadian setiap pekerja dan pelanggan boleh melihat sifat setiap pelayan di café itu melalui pemakaian uniform mereka.
Sedang sibuk Syahid memesan makanan tengahari setelah aku membuat pesananan terlebih dahulu tadi, aku mengambil peluang memerhatikan keadaan sekeliling café itu.
Café itu tidaklah begitu besar tapi, pelanggan-pelanggannya kelihatan puas setelah meninggalkan café yang bercirikan moden kontemporari itu.
Sedang aku menunggu pesanan, pandanganku tertumpu pada pintu dapur, memerhatikan gelagat pelayan memberi pesanan pelanggan kepada pembuat roti dari tingkap kecil yang terdapat pada pintu dapur itu.
“Ini pesanan encik tadi, silakan.” Pandanganku kembali ke meja kami setelah pesanan sampai.
“Macam mana, bos? Okey tak café ni?” Tanya Syahid setelah kami selesai makan.
“Boleh tahan,walaupun premisnya kecil dan sederhana tetap dapat menyentuh hati tiap pelanggan melalui hidangan yang disajikan. Pandai kau cari tempat makan…”
“Hehe... mestilah! Inikan Syahid!” rakan baikku ini tersengih sambil mendabik dada; perasan agaknya.
Melihatkan masa yang tidak mengizinkan, kami pun mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Sementara Syahid menjelaskan bil, aku mengambil kesempatan sekali lagi untuk melihat keadaan sekeliling premis Dahliqa café yang begitu menarik hatiku.
Sedang aku memerhatikan sekeliling, pandanganku terhenti pada seorang pelayan wanita yang sedang termenung di tepi pintu premis itu. Gadis itu berpakaian seragam berbeza dengan pelayan lain kerana hanya gadis itu yang  mengenakan unifom pelayan lelaki dan pelayan-pelayan lain; walaupun memakai unifom berbeza-beza, tetap unifom pelayan wanita.
Aku sendiri; jika tidak perasan akan susuk tubuh wanita pada pelayan itu, pasti aku akan menyangkakan dia seorang lelaki. Aku yang ingin memalingkan pandanganku ke arah Syahid; terpaku apabila gadis tadi memalingkan wajahnya kearahku, lantas aku memandangnya sekali lagi seakan tidak percaya akan apa yang ku lihat tadi.

Sekembali ku ke pejabat, aku teringat akan pelayan wanita di café tadi. Wajahnya begitu seiras, saling tak tumpah; bagai pantulan di cermin, atau mungkinkah itu dia?
“Hah! Tak mungkin orang yang sudah mati boleh hidup kembali! Lagipun, aku sendiri yang menyaksikan jenazah arwah dikebumikan.” Kataku sendiri, menafikan kata hatiku tadi. Tapi, kenapa dia begitu seiras?

Dan kenapa aku mempunyai perasaan yang pelik apabila terpandang gadis itu? Perasaan yang berbeza dari gadis lain mahupun arwahEryn.

No comments:

Post a Comment