SEGALANYA
bagai mimpi yang berlaku dengan pantas. Tanpaku sedari,
sudah genap dua bulan Erryanna meninggalkan kami akibat penyakit misteri yang
dihidapinya sejak kecil. Selama ini tidak pernah ku sangka; disebalik wajah
ceria Erryanna, gadis itu sedang melawan penyakitnya dan hanya menunggu saat-saat
terakhirnya sahaja.
Masih jelas padaku
waktu itu, aku ke rumah pak cik Ibtizam dengan hasrat ingin bertemu Eryn buat
kali terakhir sebelum aku bertolak kembali ke kampus kerana cuti semester telah
tamat. Tak sangka pula ianya sememangnya pertemuan kami yang terakhir.
Apabila aku sampai di
rumah ayah. Aku mendapati; mereka tiada disitu. Menurut kata pembantu rumahnya;
Mak Jah, Pak Zami keluar membawa Eryn dalam keadaan tergesa-gesa apabila Eryn
tiba-tiba tak sedarkan diri.
Lantas, ku teringat akan
hospital yang pernah ku temankan Eryn dulu untuk membuat ‘medical check-up’. Tanpa
berfikir panjang, aku terus meluru ke kereta. Lalu, ku pandu bagai orang hilang
akal; tanpa memikirkan kebenaran andaianku itu.
‘Ya Allah, tolonglah selamatkan
Eryn!’ Sepanjang perjalanan, hanya keadaan Eryn dan kebimbangan akan
kesihatannya memenuhi ruang fikiran dengan harapan andaianku itu adalah tidak
lebih dari sekadar andaian semata-mata.
Kini, aku telah berada
diperkarangan hospital yang dimaksudkan, aku meninggalkan kereta dan berlari
sekuat hati ke kaunter pertanyaan. Aku menumpukan sepenuh keringatku berlari
kearah bilik yang dimaksudkan nurse tadi.
“Erryyynnnn!!!!”
Langkahku terhenti mendengar
laungan nama Eryn bergema di ruangan lobi; itu suara pakcik! Aku bagaikan boleh
mendengar degupan jantungku yang makin laju saat aku mula melangkah lemah
sebelum mulai berlari lagi. Aku menghampiri suara itu dan, terjawablah segala persoalan
apabila aku melihat isi bilik.
Daun pintu terbuka
luas dan ku lihat sekujur tubuh terbujur kaku diatas katil dengan seorang
lelaki terduduk disisinya. Segera ku mengecam lelaki itu.
‘Pak cik?’
perlahan-lahan aku menghampiri lelaki itu sambil mataku masih terkunci padanya
tanpa sebarang kata mahupun suara. Aku menggapai bahunya;
“Eryn…” aku
menggagahkan hatiku untuk melihat wajah gadis yang pernah rapat denganku dulu.
Yang pernah memanggilku abang dan sentiasa tersenyum suatu ketika dulu; kini
pucat, lesu dan tak bernyawa lagi.
Hatiku luluh saat ku
memandangnya, mengetahui hakikat yang kini aku takkan dapat melihat senyuman
mahupun mendengar tawanya lagi. Ingin ku menangis, tapi ku tahan, khuatir kalau
aku akan membuatkan pak cik Zami lebih sedih.
Namun, cecair hangat
mengalir jatuh ke pipi jua saat aku memejamkan mata; lantas aku memalingkan
pandangan darinya.
Pak cik Zami
kelihatan lesu tika itu, ingin sekali aku menenangkannya. Tapi, suaraku bagai disekat;
tak ada satu perkataan pun yang dapat ku luahkan; hanya bisikan nama Eryn.
Aku tersedar dari
lamunan saat kelibat pakcik Zami berjalan ke arah dapur kelihatan dari ekor
mataku. Aku berlari anak kearah lelaki itu untuk menghulurkan bantuan, semenjak
kehilangan Eryn; lelaki itu kelihatan makin runsing dan tak terurus.
“Kenapa pak cik tak
tidur lagi ni?”
“Aku dahaga.” Pendek
saja jawapannya.
“Tak apa pak cik, biar
saya ambilkan; pak cik duduk dulu.” Aku memimpinnya ke kerusi berhampiran
sebelum memberinya segelas air.
“Terima kasih…” Aku
melihat dia meneguk air itu dengan perlahan-lahan sehingga habis; sebelum
menghulurkan semula padaku. Tiba-tiba pak cik Zami menggenggam tanganku; matanya
memandang tajamku; ku terkedu sebentar.
“Pak cik, kenapa ni?”
aku melihatnya dengan penuh tanda tanya.
“Tolong panggil pak cik
ayah, boleh?” Aku yang tergamam sebentar; mengganguk perlahan. Moga dapat
menyenangkan hatinya buat masa ini.
“Terima kasih.” Balas
pak cik Zami sambil tersenyum sebelum memelukku. Lega ku melihat tindak balas
positif darinya yang selama ini hanya terdiam tanpa sebarang emosi mahupun reaksi.
Sebenarnya aku yang patut berasa terima kasih padanya; kerana sudi menerimaku
sebagai ahli keluarganya.
No comments:
Post a Comment